jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

KUNJUNGAN HORMAT & SESI BIMBINGAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KPT TAHUN 2024

Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima Kunjungan Hormat & Sesi Bimbingan Perkhidmatan Psikologi daripada Unit Pengurusan Psikologi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh Puan Norazizi binti Mansor, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Pengurusan Psikologi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Delegasi lawatan telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS, YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS dan Puan Maslinda binti Mohd Sah, Ketua Unit Pengurusan Psikologi PIS. Turut serta bersama adalah Pegawai-pegawai KPT, Pegawai Psikologi PIS dan Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Sesi Bimbingan Perkhidmatan Psikologi ini dilaksanakan bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan psikologi di institusi agar lebih sistematik dan mengikut standard piawaian perkhidmatan psikologi yang ditetapkan.


#upsipis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

 

PSIKOLOGI1

PSIKOLOGI5

PSIKOLOGI2

PSIKOLOGI4