Berikut adalah merupakan antara maklum balas dari peserta program bagi Latihan CPR dan Pertolongan Cemas yang telah dilaksanakan pada 22 November 2023 (Rabu) di Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 54 orang peserta telah hadir dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang memenuhi keperluan silibus Kursus Kokurikulum Berkredit.
Program latihan ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Jab. Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Kelab Kembara (MPU34032) dan Kursus Unit Uniform seperti Pengakap Kelana 2 (MPU24761) , Relasis 2 (MPU24791) dan Pandu Puteri 2 (MPU24801).
Ilmu dan kemahiran praktikal berkaitan dengan CPR dan Pertolongan Cemas ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru iaitu En. Amran bin Mahmud, En. Khairul Akmal bin Azit dan En. Mohd Felani bin Rabani. Turut hadir memeriahkan program ini adalah En. Mohamed Rafi bin M.S Solaiman, Ketua Jab. Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Pn. Alyyati Binti Mohd Talib, Ketua Kursus Kokurikulum selaku penganjur program, Pn. Siti Norbaiah Binti Harun, Pegawai Sukan PIS, Cik Nora Binti Sahari, Pensyarah Kursus Pengakap Kelana 2 dan Ts. Mohd Fairuz bin Salleh, Pensyarah Kursus Relasis 2.
Ilmu yang mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang anda sayangi, rakan sekerja atau masyarakat sekeliling sekiranya memerlukan pertolongan cemas. Tahniah kepada semua peserta yang hadir dalam sesi perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.
#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams
#PenerajuIlmuSejagat