jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

500 PELAJAR PIS TERIMA BAUCAR MAKANAN

Seramai 500 orang pelajar PIS telah menerima baucar makanan bernilai RM100 dengan jumlah keseluruhan RM50,000. Jumlah sumbangan ini telah diberikan oleh pihak SIRIM berjumlah RM30,000, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Bank Islam masing-masing berjumlah RM10,000. Terima kasih diucapkan kerana bantuan ini dapat amat bermakna kepada pelajar.
Sesi penyerahan telah disampaikan oleh Hj Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Dalam ucapan beliau, PIS melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan pelajar melalui sumbangan sebegini daripada agensi luar. Pemberian baucar makanan ini juga secara tidak langsung telah dapat membantu pengusaha cafe dan kantin di PIS untuk menambah pendapatan dengan penggunaan sepenuhnya pembelian makanan di dalam premis PIS melalui penggunaan baucar makanan ini.
Turut hadir pada majlis ini ialah YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS dan Encik Abu Bakar bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams
#PenerajuIlmuSejagat

BAUCAR3

BAUCAR5

BAUCAR4

BAUCAR1