Telah berlangsung dengan jayanya program Mechanical Engineering Department Exhibition (MEDEX) Sesi 1:2023/2024 bagi pelajar projek akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PIS. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.M. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS, dan turut hadir sama dalam majlis ini adalah YBrs. Hj. Hamzah bin ZakariaTimbalan Pengarah Govenan dan Strategik PIS, Puan Irina binti Abdullah, Ketua Jabatan JKM, barisan Ketua-ketua jabatan Akademik dan Unit sokongan Akademik serta para pelajar semester akhir JKM.
Program ini melibatkan penilaian hasil kerja projek akhir pelajar sepanjang pengajian di PIS. Beberapa orang penilai Industri telah dijemput khas sebagai juri penilaian projek akhir pelajar mengikut program pengajian masing-masing.
Semoga pelajar beroleh manfaat melalui program ini dan beroleh pengetahuan serta pandangan idea baru dalam bidang yang diceburi.
#jkmpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams