jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS X POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 2023

Satu program Karnival Karnival Kerjaya MyFUTUREJOBS X Politeknik Ibrahim Sultan 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya. Karnival yang bertujuan memberi pendedahan kepada warga pelajar PIS akan masa depan kerjaya mereka yang tersedia dan menanti apabila graduat kelak. Karnival ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Tong Sing Chuang, Pengarah Pertubuhan Keselamatan (PERKESO) Negeri Johor dan diiringi oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan dan turut hadir YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS, Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik PIS, Pn. Suhaila binti Basar Ketua Unit CISEC merangkap Pengarah Program serta Ketua-ketua Jabatan Akademik dan ketua-ketua unit sokongan akademik.
Karnival telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti Perkongsian ALUMNI PIS, Taklimat Kerjaya TLDM, Ceramah Kerjaya dari IRDA, Pameran dan Jualan keusahawanan PIS serta FOOD Truck.
Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada semua pelajar dan menjadi penanda aras kearah kerjaya masa hadapan.

#cisec
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

MYFUTUREJOBS

MYFUTUREJOBS1

MYFUTUREJOBS2

MYFUTUREJOBS3