jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

PIS MENANG 3 KATEGORI DI PERTANDINGAN PIALA SERI ENDON 2023

Tahniah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam menjuarai Pertandingan Piala Seri Endon 2023 dalam kategori Soft Furnishing sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai RM30,000.00.
Seterusnya memenangi kategori Fesyen tempat ketiga; menerima trofi & wang tunai RM5,000.00 dan kategori Kraftangan tempat ketiga, juga menerima trofi dan wang tunai RM5000.00. Jumlah keseluruhan kemenangan berjumlah RM40,000.00.
Brovaries dianggotai oleh pensyarah di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) iaitu En Mohd Izswan Mohd Sidik, Pn Farahiyah bt Abd Rahim, alumni JRKV, PIS Misbaahussalam bin Zakaria, (LOXA ENTERPRISE) alumni KFP; Amer Syazwan bin Mohd Anuar, pelajar JRKV- Diploma Rekabentuk Fesyen (DRF), Ricky Mohziz A/l Megat dan Rakan Kolaborasi Ezryhelmy Enterprise.