jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Majlis Penutupan Rasmi Perkampungan Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2023

Penganjuran majlis pada kali ini, meletakkan hasrat penggalian ilmu melalui konsep penggabungjalinan antara bahasa dan komunikasi dengan alam semula jadi. Fokus pengisian program bertumpu kepada interaksi dan penulisan melalui seni berbahasa yang indah dan berkesan dengan mengaitkan nilai-nilai murni terutama kesedaran peserta menjaga alam semula jadi.
Tn Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan turut hadir dan telah menerima sijil penghargaan selaku agensi yang bekerjasama dalam penganjuran majlis ini.