jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

MAJLIS PENGANUGERAHAN GREEN PROJECT MANAGEMENT (GPM) SUSTAINABILTY AWARDS 2022

Green Project Management (GPM) telah menganjurkan Sustanability Awards atau Anugerah Kelestarian yang bertujuan untuk mengangkat serta mengikitiraf usaha serta pencapaian individu-individu serta organisasi tertentu kearah kelestarian alam menerusi tunjang agenda pembangunan kelestarian 5P iaitu People, Planet, Prosperity, Peace dan Partnership. Sehubungan dengan itu, usaha ini turut menyokong kepada 17 garispanduan matlamat pembangunan kelestarian sejagat oleh United Nation (UN).

Anugerah yang dianjurkan seawal 2015 ini telah berjaya mengiktiraf pelbagai inisiatif yang memberikan impak yang tinggi kearah usaha melestarikan alam semulajadi. Politeknik Ibrahim Sultan yang mempertaruhkan program Upcycling to Craft Design Innovation telah berjaya memperolehi pengikitirafan Fundamental Award dan Advance GPM Certificate semasa Majlis Penganugerahan GPM 2022 yang telah berlangsung pada 11 Januari 2023 di Kelab Ekuestarian Bukit Kiara bertempat di Kuala Lumpur. Majlis telah dihadiri oleh Pn Nazirah binti Mat Zain daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) selaku Ketua Projek program tersebut. Pensyarah yang turut sama terlibat dalam aktiviti ini juga adalah En Mohd Yusman bin Md. Yusof dan Pn Nur Syuhada binti Ghazali serta pelajar-pelajar Kelab Rekacipta dan Inovasi semester 2 Diploma Rekabentuk Industri, Politeknik Ibrahim Sultan.

Majlis yang berlangsung gilang gemilang ini disempurnakan oleh YM Raja Puan Sri Dato’ Noora Ashikin binti Raja Abdullah yang sudi menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah selain turut diserikan dengan ucaptama yang telah disampaikan oleh YM Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiddin.

Adalah diharapkan aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat serta dorongan kepada seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan untuk terus dengan pelbagai inisiatif yang mampu memberikan impak kepada kelestarian alam semulajadi demi generasi masa hadapan yang lebih gemilang.

#jrkvPIS
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

 

green1