jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program “nARTure: RURAL CREATIVE CULTURE”

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan akan menganjurkan program “nARTure: RURAL CREATIVE CULTURE” di Hujung Tanah Art Residency, Kg. Parit Haji Alias, Ayer Baloi Pontian pada hari Ahad, 12 Jun 2022, jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Penganjuran julung kalinya ini berkonsepkan "Seni Untuk Masyarakat" dimana pelaksanaanya menjurus kepada membudayakan seni kreatif di daerah pedalaman bersama masyarakat setempat. Pengisian program yang mengetengahkan perkongsian ilmu, jaringan rakan kolaborasi dan khidmat sukarelawan ke arah menyumbang serta menyuntik nilai tambah kelestarian sediaada komuniti di sekitar negeri Johor.

Program yang turut mendapat kerjasama Hujung Tanah Art Residency, Creative Design Centre (CDEC) dan Corporate, Industry Services and Employability Center (CISEC), Politeknik Ibrahim Sultan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Rainbow Art and Stationary, Galeri Seni Pontian, Persatuan Pelancongan Warisan Pontian, Cawangan Tunas Baharu Kampong Parit Haji Alias serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampong Kawasan 6 (JPKK).

286376959 4069725409819051 2420731392024296187 n