Sidang 3
20 Mac 2022 - Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26 (Jabatan kejuruteraan Mekanikal) telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Yusri bin Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Turut bersama YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Ts. Haji Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS, Encik Noor Azmi bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS serta Ketua-ketua Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik.
Pada konvokesyen kali ini termasuk sidang pagi tadi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah melahirkan seramai 541 orang graduan dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal Bahan (DMB), Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (DTP).
Tahniah kepada semua graduan. Selamat Maju Jaya!
TAHNIAH...
Saudari Nur Batrisyia binti Norhazlin graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal atas pengurniaan Anugerah Pengarah Sesi Disember 2019 dan Anugerah Kecemerlangan & Korikulum pada Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26.
TAHNIAH...
Saudara Muhamad Yani bin Juriany graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal atas pengurniaan Anugerah Kecemerlangan & Korikulum Sesi Jun 2020 pada Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26.
Sidang 4
20 Mac 2022 - Sidang Keempat Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Md Saidin bin Wahab, Penolong Naib Canselor (Pendigitalan dan Infrastruktur) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Turut bersama YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Ts. Haji Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS, Encik Noor Azmi bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS serta Ketua-ketua Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik.