logo5lmn rasmi2020 sirim v2

PIS Bantu Hasilkan PPE Frontliner

Politeknik Ibrahim Sultan akan memulakan kerjasama dengan Hospital Sultanah Aminah JB dan Hospital Kota Tinggi bagi menghasilkan PPE bagi pegawai KKM yang bertugas di barisan hadapan. Pihak PIS juga telah memerima bahan mentah untuk menghasilkan sut khas tersebut yang dibekalkan daripada kedua dua hospital tersebut.

Beberapa orang pensyarah dan pelajar telah menyatakan kesanggupan mereka menjalankan misi kesukarelawanan ini.  Semoga kakitangan yang bertigas dibarisan hadapan sentiasa dilindungi serta diberikan kekuatan olehNya.

Kami sebagai rakyat Malaysia sedia memberikan bantuan dan sokongan dalam kita semua mendepani cabaran menentang wabak Covid 19 ini.  Ayuh PIS, kita bersama berganding bahu memberikan sumbangan kepada negara.

PPE pis 6

PPE pis 3  PPE pis 1

PPE pis 5

PPE pis 4

PPE pis 6

PPE pis 7