Tarikh : 4-7 mac 2020
Lokasi : Padang Softball Politeknik Ibrahim Sultan
Bermulanya cabaran selama 5 hari kejohanan liga Sofbol Premier MSP 2020 yang berlangsung di Politeknik Ibrahim Sultan.
Kejohanan kali ini menghimpun hampir 300 pemain sofbol lelaki dan wanita daripada seluruh Politeknik Malaysia.
Objektif penganjuran kejohanan ini adalah mencungkil bakat bakat baharu sukan sofbol yang akan mewarnai arena sukan sofbol tanah air. Barisan pemain pemaian terbaik akan dipilih bagi mewakil pasukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia bagi menyertai kejohanan Sukan IPT 2020. MSP mensasarkan pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita.
Selain objektif sukan, secara dasarnya program progran yang dilaksanakan di politeknik adalah selaras dengan pembangunan bakat, sahsiah, displin serta kemenjadian para pelajar.