jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Kursus Intensif Pengurusan Jenazah (Teori & Praktikal)

Kursus Intensif Pengurusan Jenazah (Teori & Praktikal) bagi Skuad Pengurusan Jenazah PIS & Jabatan Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh :29 April 2018
Hari : Ahad
Masa : 8.00 am hingga 1.30 pm
Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Pelaksana : Skuad Pengurusan Jenazah PIS

Kursus pengurusan jenazah ini, telah dilaksanakan secara intensif meliputi teori dan praktikal. Secara khususnya, penyertaan diwajibkan kepada ahli pelaksana SPJ PIS namun dibuka kepada staf JPA. Ini adalah kerana kursus ini dilaksanakan secara berdepan agar peserta mudah faham dan menerima apa yang disampaikan lalu tidak canggung untuk diaplikasi apabila menguruskan jenazah sebenar kelak. Seperti yang dimaklumi, objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta berkaitan teori dan tatacara praktikal pengurusan jenazah mengikut syariat Islam. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta melakukan sendiri setiap proses pengurusan jenazah.

Laporan Lengkap