jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Makmal Komputer  Makmal PC
 PCTC Lab
 MAC Lab
 MTC Lab
CAD Lab
Bengkel Makmal Jahitan 1
Makmal Jahitan 2
Makmal Jahitan 3
Makmal Jahitan 4
Bengkel Perindustrian
Bilik Kuliah Bilik 30 kuliah (dalam JRKV)
Bilik 2 kuliah (dalam JPH)
Lain-lain Dewan Kuliah Jabatan
Foyer
Galleria
Bilik Silk Screen
Bilik Fotografi
Surau di setiap tingkat

Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual merupakan jabatan reka bentuk yang pertama ditubuhkan di bawah sistem Politeknik Malaysia pada tahun 1998. Pada awal penubuhannya, ianya dikenali sebagai Jabatan Reka Bentuk yang menawarkan dua program sahaja iaitu Program Reka Bentuk Grafik dan Program Reka Bentuk Industri. Pada tahun 2005, Jabatan Reka Bentuk membuat re-branding dengan menukar nama jabatan menjadi Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) selaras dengan kemasukan Program Reka Bentuk Fesyen dan Pakaian yang sebelum ini di bawah naungan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Penggunaan nama JRKV kekal sehingga ke hari ini.

Program – program yang ditawarkan di bawah jabatan ini adalah berteraskan kepada kreativiti dan penciptaan yang baharu atau penciptaan yang lama diolah menjadi baharu berteraskan kepada inovasi dan teknologi terkini dengan bimbingan para pensyarah yang berpengalaman dan berdedikasi. Terdapat satu (1) program Ijazah, empat (4) program Diploma, dan dua (2) program Sijil Khas Kemahiran Politeknik (Pengambilan Pelajar Khas iaitu pelajar – pelajar pekak.)

Program – program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

•    Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian
•    Diploma Reka Bentuk Grafik
•    Diploma Reka Bentuk Industri
•    Diploma Reka Bentuk Fesyen
•    Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi
•    Sijil Khas Reka Bentuk Grafik
•    Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen

Pada 25 Februari 2010, Politeknik Ibrahim Sultan telah diberi watikah untuk dinaik taraf sebagai Politeknik Premier. Selaras dengan penerimaan watikah tersebut, beberapa dimensi baharu telah diperkenalkan antaranya pemerkasaan peranan industri dalam pendidikan dan latihan politeknik terutamanya dalam pewujudan Pusat Teknologi (COT – Centre of Technology) di Politeknik Ibrahim Sultan. Melalui bidang – bidang reka bentuk kreatif, JRKV telah dikenal pasti dan dipilih untuk menjadi Bidang Tujahan Utama (niche area) di Politeknik Ibrahim Sultan.

VISI

Untuk menghasilkan pekerja teknikal yang kreatif, inovatif, berwibawa dan berkebolehan untuk mengaplikasi, meneroka dan menerajui di dalam bidang teknologi.

MISI

Untuk menjadi sebuah jabatan yang dikenali dalam bidang Reka Bentuk dan Komunikasi Visual

TUJUAN

Tujuan Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual ditubuhkan adalah untuk:
•    Menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang reka bentuk.
•    Graduan berkebolehan untuk menerima perubahan dalam pembangunan sosial, alam sekitar dan juga teknologi.
•    Membangunkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam bidang reka bentuk melalui teknik lukisan, reka bentuk dan susun atur rekaan.
•    Melengkapkan graduan dengan kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan komunikasi berkesan sebagai persediaan untuk ke pasaran global dalam bidang industri dan perniagaan.