Page 41 - eBook KHK Tahun 2023
P. 41
Kebersihan, Sanitasi
dan Keselamatan
Makanan
Kebersihan, sanitasi dan keselamatan
makanan adalah prasyarat dalam
penyediaan makanan halal. Ia termasuk
pelbagai aspek kebersihan diri, pakaian,
perkakas, mesin dan alat bantu
pemprosesan serta premis untuk
memproses, mengilang dan menyimpan
makanan. Pengeluar makanan halal mestilah:
Mengurus dan memeriksa
bahan mentah, ramuan dan
bahan pembungkusan sebelum
diproses
Menguruskan sisa dengan
berkesan
Menyimpan bahan kimia
berbahaya dengan kaedah yang
betul dan selamat
Mengelakkan pencemaran
fizikal, biologi dan kimia
makanan
Mengelakkan penggunaan
berlebihan bahan aditif ke dalam
makanan
Info
Aditif makanan adalah bahan yang selamat
dimakan yang ditambah secara sengaja ke
dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit
seperti pewarna makanan
36