Page 38 - eBook KHK Tahun 2023
P. 38
Sertu
Perbuatan bersuci dengan niat untuk
menyucikan badan, pakaian, ruang,
perkakas dan peralatan yang
bersentuhan dengan najis al-
mughallazah; dengan membasuh tujuh
kali menggunakan air mutlak, salah
satunya hendaklah air bercampur
dengan tanah
“Sesungguhnya yang halal itu terang
(jelas), dan yang haram itu terang,
dan di antara keduanya pula
terdapat perkara-perkara yang
syubhah (yang tidak terang halal
atau haramnya) yang tidak
diketahui oleh manusia. Orang yang
memelihara dirinya daripada
perkara syubhah itu adalah seperti
orang yang melindungi agama dan
kehormatannya dirinya.” (HR
Bukhari & Muslim).
Kawasan Pemprosesan
Kawasan yang terlibat dalam penyediaan
makanan halal. Bermula daripada
penerimaan bahan, tempat penyediaan
bahan makanan, pembungkusan,
penyimpanan dan sehingga bahan
tersebut siap serta kawasan penyajian
seperti restoran
33