Page 34 - eBook KHK Tahun 2023
P. 34
Bidang penyajian makanan dan minuman merupakan salah satu
bidang dalam industri hospitaliti yang menitikberatkan pematuhan
halal dan haram. Penyediaan serta penyajian makanan dan
minuman yang halal lagi bersih amat dititikberatkan di dalam
agama Islam. Dalam konteks Malaysia, konsep halal amat
dititikberatkan dalam industri makanan dan minuman
termasuklah dalam perkhidmatan katering. Ini disebabkan oleh
impak daripada pertumbuhan dalam permintaan makanan dan
minuman halal di pasaran (Asri et al. 2014)
Pematuhan Syariah
dalam Perkhidmatan
Makanan dan
Minuman
29