Page 37 - eBook KHK Tahun 2023
P. 37
Penyembelihan
Penyembelihan pula merujuk kepada
perbuatan membunuh haiwan yang
masih hidup dan halal oleh seorang
Muslim melalui pemotongan trakea
(halqum), esofagus (mari') dan kedua-dua
arteri karotid dan urat leher (wadajain)
menggunakan alat yang tajam dengan
niat kerana Allah
Najis
Perkara najis mengikut hukum syarak dan
fatwa
Najis mengikut undang - undang Syariah
ialah:
Anjing, babi dan keturunannya serta
produk darinya
Makanan halal yang tercemar dengan
perkara yang tidak halal
Makanan halal yang bersentuhan
langsung dengan perkara yang tidak
halal
Premis Makanan
Bangunan atau struktur kekal, atau
sebaliknya yang digunakan untuk tujuan
penyediaan, penyajian, pemprosesan,
pengendalian, pengilangan, penyimpanan,
pembungkusan, pengedaran, penjualan
atau sebarang aktiviti yang berkaitan
dengan pengeluaran makanan halal
32