Page 45 - eBook KHK Tahun 2023
P. 45
Pencegahan
Kebakaran di
Restoran
Kebakaran merupakan bencana yang disebabkan oleh api dan ia boleh membahayakan
nyawa, memusnahkan harta benda dan lain - lain. Keselamatan kebakaran di restoran
merangkumi tiga (3) aspek seperti berikut:
1 Latihan Kebakaran
Semua staf di dalam organisasi mesti diberi latihan
kebakaran. Latihan ini membantu staf mengendalikan
situasi sekiranya kebakaran sebenar terjadi
2 Prosedur Kebakaran
Sekiranya kebakaran terjadi, staf perlu mengawal situasi
dan mematuhi prosedur kebakaran yang telah ditetapkan
supaya risiko kecederaan boleh dikurangkan
3 Pencegahan Kebakaran
Staf bertanggungjawab untuk membantu mencegah,
melapor dan mengawal kebakaran
40