Page 46 - eBook KHK Tahun 2023
P. 46
1 Latihan Kebakaran
Semua staf di dalam organisasi mesti diberikan latihan
kebakaran yang merangkumi perkara berikut:
Cara - cara memadam kebakaran di ruang kerja
Arahan latihan kebakaran kepada staf dan pelanggan
Mengenalpasti kawasan yang selamat untuk
berkumpul yang paling hampir sekiranya berlaku
kebakaran
Mengenalpasti pintu kecemasan
Menyediakan peralatan memadam kebakaran seperti
penyiram air, alat pemadam api dan lain - lain
Melantik staf yang boleh menjadi rujukan sekiranya
kebakaran berlaku atau bagi mendapatkan maklumat
berkaitan
Info
Latihan kebakaran perlu dilaksanakan
secara berkala supaya staf sentiasa
bersedia sekiranya kebakaran berlaku
Prosedur Kebakaran 2
Sekiranya kebakaran berlaku, staf perlu:
Mematuhi garis panduan kebakaran yang
telah ditetapkan oleh premis
Menenangkan pelanggan dan membantu
mereka untuk keluar dengan selamat ke
tempat berkumpul yang berhampiran
Memberi lebih perhatian kepada pelanggan
berkeperluan khas dan kanak-kanak
Mengikut laluan keluar seperti yang
ditetapkan dalam arahan kebakaran
Jangan menggunakan lif
Tips Penting
Tips mengendalikan kebakaran dengan baik:
Jangan panik dan kekal tenang
41