Page 29 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 29

ISU KEEMPAT : Hukum mewarnakan rambut


             Hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah haram mengikut mazhab Syafi’e kerana
             adanya unsur-unsur penipuan. Menurut keputusan fatwa yang diwartakan oleh Negeri Sembilan

             pada 12 Januari 2002 [JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS(JB) 5/2001] mengenai hukum mewarna
             rambut adalah seperti berikut:


                     1.Sunat :

                     Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.


                     2.Harus :
                     a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.

                     b)Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.


                     3.Makruh :
                     a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.

                     b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau
                          mendapat kedudukan dalam masyarakat atau diterima percakapannya.









                                                                                                    28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34