Page 27 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 27
ISU KEDUA: Hukum mencantikkan rambut melalui kaedah menyambung rambut.
a. Menyambung rambut dengan menggunakan rambut manusia.
Para fuqaha’ dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’e, Hanbali dan Zohiri berpendapat
bahawa HARAM seorang wanita menyambung rambutnya dengan rambut manusia, sama ada
rambut itu kepunyaan lelaki atau wanita, atau sama ada kepunyaan mahramnya atau suaminya
atau selain dari kedua-duanya. Sebab pengharamannya ialah menggunakan sebahagian dari
tubuh manusia adalah haram berikutan dari pengharaman mengambil manfaat dengan seluruh
bahagian tubuh manusia kerana kemuliaannya.
"Seorang perempuan Ansar telah berkahwin, dan dia sakit sehingga gugur rambutnya, kemudian
keluarganya bermaksud untuk menyambung rambutnya, tetapi sebelumnya mereka bertanya
dulu kepada Nabi, maka jawab Nabi: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan
yang minta disambung rambutnya."
(Riwayat Bukhari)
b. Menyambung rambut dengan menggunakan bulu binatang.
Para fuqaha’ mengatakan bahawa HARAM menyambung rambut dengan bulu binatang, sama
ada binatang yang suci ataupun najis.
26