Page 30 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 30

4.Haram :
                     a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam

                         perenggan 2(a) dan (b).
                     b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.


             Mewarnakan rambut menggunakan pewarna yang halal.



             Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan
             warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim bermaksud : “Ubahlah warna uban ini akan
             tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya)”.



             Warna  hitam  hanya  diHARUSkan  bagi  mereka  yang  menghadapi  penyakit  beruban  walaupun
             masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah MAKRUH
             bagi  golongan  muda  yang  tidak  bermasalah.  Pengecualian  diberikan  kepada  para  isteri  yang
             berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami.



             Hukum  HARAM  jika  tiada  tujuan  tertentu  seperti  untuk  suka-suka  atau  dengan  niat  yang
             bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk
             atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan

             syariat menutup aurat dalam Islam.


             Bahan pewarna rambut pastikan HALAL dan TELAP AIR seperti inai (ini jelas harus dan disebut di
             dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk dianggap tidak sah. Mengikut Persatuan Pengguna

             Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi
             kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan
             satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.



             Pewarna  rambut  yang  dipasarkan  biasanya  akan  tertulis  pada  kotak  permanent dye  atau  semi
             permanent dye. Mengikut kajian, jenis yang semi pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap
             air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam.



             JAKIM tidak pernah mengeluarkan sijil halal produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar
             negara dan hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.















                                                                                                    29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35