Page 28 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 28
c. Menyambung rambut dengan menggunakan perca kain dan sutera.
Mazhab Syafi’e mengharuskan penggunaan benang-benang sutera dan lainnya kerana
penggunaan barang-barang ini tidak termasuk dalam menyambung, tetapi hanya untuk
kecantikan dan perhiasan diri tanpa adanya unsur penipuan. Warna benang sutera dan lain-lain
seperti perca kain dan tali tidak mengubah warna rambut. Ia boleh dibezakan dan dipisahkan
daripada rambut dengan mudah.
Daripada Sa’id bin Jubair katanya : “ Tidak mengapa menyambung rambut wanita dengan sejenis
pohon yang panjang dan maksud yang dikehendaki di sini ialah benang-benang daripada sutera
yang digunakan oleh wanita untuk menyambung rambutnya”.
ISU KETIGA: Hukum memakai rambut palsu dan bulu mata palsu .
Selari dengan perkembangan teknologi kini, teknik penyambungan rambut telah diganti dengan
teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama iaitu HARAM.
Berdasarkan kaedah qiyas juga, dilarang memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak
mata. Tiada beza sama ada rambut palsu atau bulu palsu itu daripada makhluk lain atau buatan
manusia.
PENGECUALIAN:
Bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan
kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai
rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.
27