Page 24 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 24
2.0 SENI REKAAN
FESYEN
Dr. Mohd Khairul Naim Sameri
Hasil Pembelajaran : Menghubungkait minda ingin tahu dengan prinsip syariah dan isu-isu
kontemporari dalam bidang kesenian menurut perspektif Islam. (A4)
2.1 PENGENALAN
Seni reka fesyen merupakan satu bidang yang membincangkan mengenai segala perkara yang
berkaitan fesyen pakaian yang digayakan oleh masyarakat sama ada di dalam negara mahupun di
luar negara. Perkembangan fesyen penting kerana ianya sejajar dengan perkembangan
permodenan manusia dari segi ekonomi, budaya, sains mahupun peradaban manusia itu sendiri.
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak ketinggalan dan
terus diperlekehkan oleh pihak lain. Bagaimanapun, dalam mengejar perubahan ini, ramai yang
lupa bahawa mereka banyak melanggar syariat yang telah ditetapkan Allah SWT. Mereka tidak
menyedari fesyen pakaian yang diikuti bertentangan dengan konsep Islam yang menuntut supaya
menjaga aurat.
23