Page 21 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 21
ISU KELAPAN: Hukum menulis sesuatu yang tidak baik di media sosial seperti perkataan
menghina, mencarut, mengeji dan sebagainya.
Jawapan: Allah mencatat apa saja amalan yang manusia kerjakan dan pengaruh dari amalan itu.
Jika baik, maka dicatat sebagai kebaikan. Dan jika buruk dicatat sebagai keburukan.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdillah, bahwa Nabi SAW bersabda: “Siapa yang
mengajak kepada perbuatan yang baik dalam Islam, kemudian diikuti oleh orang lain, maka
dicatat untuknya pahala seperti orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala mereka
sedikit pun. Sesiapa yang mengajak kepada perbuatan yang keji, kemudian diikuti oleh orang lain,
maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa
mereka sedikit pun. (HR. Muslim, Ahmad)
Ada di antara kita yang menggunakan media sosial untuk memaki hamun, menyebar fitnah,
menanam kebencian dan sekali gus menyebabkan perbalahan di antara satu sama lain. Maka
semua itu akan menjadi dosa walaupun sesudah ia meninggal dunia selagi mana ia tidak
membetulkan keadaan itu kembali.
Maka dapat kita fahami, bahawa setiap apa yang kita tulis dan kita lakukan khususnya di media
sosial maka semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Jika perkara yang kita
lakukan itu merupakan amalan yang baik dan diikuti oleh orang lain, maka ia akan memperolehi
saham sehingga hari kiamat selagi mana pekara baik itu dibuat secara berterusan oleh orang lain.
Tetapi jika sebaliknya, ia juga akan mendapat saham dosa sehingga hari kiamat.
Penulisan yang baik tidaklah perlu kepada ayat-ayat provokasi, mencaci dan menggunakan
perkataan sumpah seranah. Gunakan kata yang berhikmah, sopan serta dalam masa yang sama
menjaga tutur kata dan akhlak seorang muslim.
Keterangan gambar: Media sosial yang boleh menyebabkan manusia menjadi
baik atau sebaliknya.
20