Page 16 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 16
ISU KEENAM: Hukum menggantungkan ayat al-Quran di premis bukan Islam.
Jawapan: Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 20-24 Ogos 2008, perbuatan menggantung apa-
apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan
Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau
penyalahgunaan adalah dilarang dalam Islam. Hal ini bertujuan menjaga kehormatan dan
kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci dalam agama Islam.
Sumber: Facebook Sinar Harian pada 9 Januari 2019
ISU KETUJUH : Hukum mempelajari ilmu penulisan kreatif seperti puisi, syair, sajak dan
sebagainya.
Jawapan: Hukum mempelajari ilmu selain ilmu agama adalah fardhu kifayah, sekiranya sudah ada
yang mempelajarinya maka kewajipan itu gugur ke atas semua, maka jika ada yang ingin
mempelajarinya juga maka ia dibenarkan, namun mestilah diikat dengan beberapa dawabith atau
syarat antaranya:
Mestilah mempelajari ilmu tersebut dengan niat yang baik dan ikhlas.
Mestilah mempelajari ilmu itu dengan cara dan juga panduan yang betul sepertimana yang
telah ditetapkan syarak.
Tidak menggunakan ilmu tersebut ke arah kemaksiatan dan juga perkara-perkara yang
mungkar.
15