Page 13 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 13
ISU KEEMPAT: Hukum menulis sebahagian ayat al-Quran di papan tulis dengan menggunakan
sistem penulisan biasa pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan: Dibolehkan memetik beberapa ayat dari Mushaf al-Quran untuk dijadikan dalil dalam
buku atau menulisnya di papan tulis dan sebagainya dengan tulisan sekarang (moden), bagi
memudahkan proses pengajaran. Namun guru atau pengajar perlu memberitahu para pelajar
bahawa beberapa perkataan tertentu mushaf al-Quran mempunyai penulisan yang khusus (iaitu
tidak akan sama dengan bacaan asal dalam mushaf Uthmani dengan bahasa moden sekarang)
agar pelajar mengetahui dan memahaminya.
Keterangan gambar: Penulis sedang menulis potongan ayat al-Quran pada papan putih.
12