Page 9 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 9

1.0 SENI PENULISAN




                                                 Rohamiah Muda














             Hasil  Pembelajaran  :  Menghubungkait  minda  ingin  tahu  dengan  prinsip  syariah  dan  isu-isu
             kontemporari dalam bidang kesenian menurut perspektif Islam. (A4)




             1.1 PENGENALAN





             Penulisan  merupakan  asas  kepada  perkembangan  ilmu  pengetahuan.  Daripada  penulisan,
             manusia  boleh  membaca  dan  seterusnya  menyampaikan  sesuatu  yang  bermanfaat  kepada
             masyarakat.


             Bahkan  ayat  al-Quran  yang  pertama  diwahyukan  kepada  Rasulullah  SAW  adalah  ayat  tentang
             membaca. Maksud firman Allah dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5, “Bacalah dengan (menyebut) nama

             Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan
             Tuhanmulah Yang Mahamulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia
             apa yang tidak diketahuinya.


             Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda melantik beberapa orang sahabat untuk menulis ayat al-
             Quran sebagai simpanan. Hikmahnya sangat besar kepada umat Islam. Penulisan al-Quran inilah
             menjadi  rujukan  utama  kepada  penulisan  Mushaf  al-Quran  pada  zaman  Khulafa’al-Rasyidin,
             Subhanallah, Mushaf al-Quran inilah yang digunakan oleh seluruh umat Islam sehingga sekarang.


             Penulisan  juga  merupakan  salah  satu  saluran  dakwah  yang  penting.  Melalui  tulisan,  ia  boleh
             mengubah manusia dari kefasikan kepada kebenaran. Tulisan yang baik adalah tulisan yang boleh
             mengubah  cara  berfikir,  memberi  kefahaman  yang  jelas  dan  berupaya  mempengaruhi  cara
             tindakan seseorang.
















                                                                                                     8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14