Page 8 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 8

ISU-ISU KONTEMPORARI


          DALAM BIDANG KESENIAN




                                                 Ummul Hafizah Ali












             Hasil  Pembelajaran  :  Menghubungkait  minda  ingin  tahu  dengan  prinsip  syariah  dan  isu-isu
             kontemporari dalam bidang kesenian menurut perspektif Islam. (A4)




             PENGENALAN





             Secara  fitrahnya,  di  dalam  jiwa,  perasaan  dan  keinginan  manusia  tertanamnya  rasa  sukakan
             keindahan. Keindahan adalah merupakan satu kesenian dan untuk mentakrifkan seni itu secara
             tepat adalah sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.


             Islam adalah merupakan sebuah agama yang indah dan sejahtera. Diturunkan oleh Allah S.W.T
             kepada seluruh umat manusia tanpa mengenal bangsa. Islam adalah agama yang nyata (waqi’e)

             sesuai  dengan  fitrah  manusia,  pada  semua  tempat,  zaman  dan  situasi  menepati  citarasa,
             kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Al-Farabi menjelaskan seni
             sebagai  ciptaan  yang  berbentuk  keindahan,  Al-Ghazali  pula  menjelaskan  seni  dengan  maksud
             kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Seni adalah sesuatu
             yang  bersifat  abstrak,  dapat  dipandang,  didengar  dan  disentuh  oleh  jiwa  tetapi  tidak  dapat
             dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.


             Maka jelas menunjukkan kesenian itu luas bidangnya dan terdapat pelbagai isu-isu semasa yang
             berkait  rapat  dengan  kesenian  yang  perlu  dikenalpasti  hukum  hakamnya.  Hal  ini,  bagi
             mengelakkan berlakunya salah faham, fitnah kepada agama Islam itu sendiri, masalah sosial dan
             sebagainya.




















                                                                                                      7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13