Page 6 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 6

05






                                         PRAKATA














             Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.



             Syukur  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana  dengan  limpah  kurnia  dan  izin-Nya,  maka  buku  ini
             telah  dapat  disiapkan  dalam  tempoh  masa  yang  telah  ditetapkan.  Buku  ini  merupakan

             satu  perkongsian  penulis  mengenai  tips  dan  teknik  membangunkan  reka  bentuk  dan
             susun atur e-book dengan cara yang mudah untuk dihasilkan.



             Buku ini boleh dijadikan panduan kepada para pendidik khususnya dalam menyediakan
             dan  menghasilkan  bahan  penulisan  akademik  terbitan  sendiri  (self-publish  book0atau

             memindahkan  nota  pengajaran  dan  pembelajaran  tersedia  ke  dalam  bentuk  modul
             pengajaran yang kelihatan lebih kemas dan profesional. Beberapa aspek asas dalam reka

             bentuk buku yang melibatkan elemen-elemen asas dalam penerbitan dan rekaan grafik
             diterangkan dengan jelas agar ianya mudah untuk difahami dan diikuti.



             Melalui buku ini juga, pembaca akan dapat menghasilkan sebuah e-book yang setanding
             rekaan dengan buku-buku dipasaran dengan bantuan langkah demi langkah tutorial yang

             disediakan.  Pelbagai  tips  disediakan  untuk  membantu  pembaca  mengenal  pasti  teknik
             mudah menghasilkan e-book. Oleh itu, penulis mengharapkan agar perkongsian ini dapat

             membantu  ramai  pendidik  menghasilkan  bahan  penulisan  yang  cantik  dan  berkualiti.
             Sebarang pandangan dan ulasan yang membina mengenai buku ini, amatlah dihargai.



             Sekian. Wassalam.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11