Page 14 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 14
ISU KELIMA: Penulisan al-Quran dengan huruf Latin untuk umat Islam yang belum memahami
bahasa Arab dan mereka yang masih belum boleh membaca al-Quran.
Jawapan: Tidak boleh ditulis nas al-Quran dengan huruf selain huruf Arab. Kalau diberi
kelonggaran penulisan surah al-Fatihah atau beberapa ayat pendek, maka hak itu adalah dalam
keadaan terpaksa sahaja.
Sikap dan kesepakatan kaum Muslimin terhadap Rasm Uthmani dan menolak perubahan dalam
bentuk apa sekalipun termasuk bahasa Latin. Huruf-huruf Latin tidak mempunyai bunyi khusus
sepertimana terdapat dalam bahasa Arab seperti zho ( ظ ), dhad ( ض ), tha (ث ), zha ( ذ ), ain (ع ),
ha (ـﻫ ) dan sebagainya.
Sesungguhnya Allah SWT menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab, firman Allah SWT :
َ ۬
َ ۡ ۡ َ َ َ َ ۡ ُ ُ َ ﱠ
َ
ٰ
٢ ) نﻮﻠ ِ ﻘﻌﺗ ﻢ ﻠﻌﻟ ﺎ ﻋ ﺎﻧٲءﺮﻗ ﻪ ﻨﻟﺰﻧأ ـﻧإ)
ِ
ِ
Maksudnya : “ Sesungguhnya menurunkan al-Quran dengan berbahasa Arab agar kamu
memahaminya”.
Allah SWT telah menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab, dibaca dengan bacaan atau lisan Arab
dan ditulis dengan tulisan Arab.
Hal ini telah disepakati oleh umat Islam sejak zaman Nabi SAW dan zaman khulafa’ al-Rasyidin.
Bukti pemeliharaan Allah SWT terhadap al-Quran ialah adanya orang-orang yang hafal al-Quran
diantaranya kanak-kanak yang berusia tidak lebih dari tujuh tahun, bahkan ada juga di kalangan
orang ‘ajam iaitu bukan bangsa Arab yang menghafal al-Quran.
13