Page 22 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 22
LATIHAN
Pilih jawapan yang betul.
1.Firman Allah dalam surah al-‘Alaq ayat 1 yang bermaksud, “Bacalah dengan (menyebut) nama
Tuhanmu yang menciptakan.”
Berdasarkan maksud Firman Allah di atas, apakah tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan?
A. Dibaca, didengari dan dilihat.
B. Difahami, dilihat dan dihayati.
C. Dibaca, difahami dan dihayati.
D. Difahami, didengari dan dilihat.
2. Apakah hukum melukis khat seperti gambar di atas?
A. Harus.
B. Sunat.
C. Makruh.
D. Haram.
3. Penulisan khat berbentuk alat permainan diharuskan. Namun, bagaimanakah penulisan khat
berbentuk permainan tidak dibenarkan?
A. Ditulis dengan sempurna.
B. Menekankan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan.
C. Tidak menimbulkan kekeliruan dan memberi kefahaman kepada pembaca.
D. Bercampur-aduk dengan ayat-ayat lain sehingga mengelurukan pembaca.
4. Ahmad membaca al-Quran dengan melihat penulisan bahasa Melayu tanpa
melihat tulisan al-Quran. Apakah hukum perbuatan Ahmad?
A. Harus.
B. Haram.
C. Sunat.
D. Makruh.
5. Apakah hukum seseorang yang menjual khat ayat al-Quran?
A. Harus.
B. Haram.
C. Sunat.
D. Makruh.
21