Page 25 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 25
2.2 FESYEN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Rasulullah SAW bersifat fleksibel mengenai fesyen pakaian selagi tidak melanggar batasan yang
telah di tetapkan oleh Islam. Warna putih merupakan warna kegemaran Rasulullah dalam
konteks pakaian. Walaupun begitu, terdapat juga warna-warna lain yang di sukai oleh Rasulullah.
Selain itu, dari aspek fesyen Rasulullah SAW memakai pelbagai jenis jubah berdasarkan dari hadis
riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi & al- Nasai.
Sesungguhnya Nabi SAW memakai jubah Rom- dalam sebahagian hadis disebut jubah Syamiah
(Negeri Syam) – yang sempit kedua tangan bajunya.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi & al- Nasai)
KATA IMAM IBN QAYYIM
“Petunjuk Nabi dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk
badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditinggalkan”
(Ibn Qayyim, Zad al- Ma’ad,4/237 Beirut: Muassasah al-Risalah)
2.3 ISU TENTANG SENI REKA FESYEN
ISU PERTAMA: Fesyen yang melanggar larangan Allah
Ramai memakai pakaian yang menutup keseluruhan tubuh mereka tetapi dalam masa sama,
pakaian berkenaan terlalu ketat, nipis atau jarang hingga menampakkan bentuk sosok tubuh
menutup aurat pada waktu-waktu tertentu seperti hari Jumaat dengan alasan menghormati hari
berkenaan, sedangkan pada hari-hari seperti lain mereka memakai pakaian yang mendedahkan
aurat contoh bersukan. Gambaran ini, seolah-olah ajaran Islam ini ada hadnya dan hanya sesuai
pada hari tertentu.
Dalil Pemakaian Yang Mematuhi Syariat Islam
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka,
umpan dan bahan bakar api neraka itu terdiri daripada manusia dan batu (berhala), neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka
kepada Allah dalam segala yang diperintahkan- Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.”
(at-Tahrim, 6)
24