Page 31 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 31
Hukum menanam rambut
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-
94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di
Kepala.
Islam TIDAK MENGHALANG umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam
rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagi tidak
bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah HARUS dengan
syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-
bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat.
30