logo4lmn rasmiiso1

Unit Perpustakaan

Perpustakaan Politeknik Ibrahim Sultan (PPIS) merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar pada masa hadapan. Mula beroperasi pada bulan September 1998 dengan hanya lebih kurang 4,120 naskah buku, kini ia mempunyai sejumlah 48,489 naskhah. Bangunan perpustakaan dua tingkat yang mempunyai rekabentuk unik ini, tersergam indah di kawasan seluas 100 ekar dan telah dilengkapi dengan semua perabot serta peralatan termasuk komputer yang diperlukan untuk membantu sistem pengoperasiannya. Perpustakaan ini juga mampu menempatkan sehingga seramai 800 pengguna pada satu-satu masa.

Objektif

  • Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program yang ditawarkan di Politeknik.
  • Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
  • Membantu melahirkan tenaga separa professional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.