logo4lmn rasmiiso1

Unit Kolej Kediaman

Kolej Kediaman Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Johor Bahru atau sekarang lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan mula beroperasi pada Julai 1998 dengan kapasiti seramai 300 orang sahaja dalam satu-satu masa. Bagi menampung keperluan semasa, Politeknik Ibrahim Sultan menyediakan tempat penginapan pelajar yang lebih besar iaitu seramai 2260 orang dalam satu-satu masa. Kolej Kediaman ini boleh menampung seramai 1260 orang pelajar lelaki dengan lima (5) blok asrama dan seramai 1000 orang pelajar perempuan dengan satu (1) blok asrama.

Blok Kolej Kediaman Pelajar Lelaki

  • Hi Tech 1 (HT1) : Kapasiti 284 orang
  • Hi Tech 2 (HT2) : Kapasiti 282 orang
  • Hi Tech 3 (HT3) : Kapasiti 278 orang
  • Info Tech 1 (IF1) : Kapasiti 208 orang
  • Info Tech 2 (IF2) : Kapasiti 208 orang 

Blok Kolej Kediaman Pelajar Perempuan

  • Hi-10 : Kapasiti 1000 orang