jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Masjid PIS

masjid

Masjid Politeknik Ibrahim Sultan adalah nadi penggerak bagi para pelajar Islam menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian Islam dan terletak di bawah pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan.

Masjid PIS dapat menampung jemaah seramai 3000 orang pada satu-satu masa dan turut digunakan untuk solat Jumaat bagi penduduk sekitar Politeknik Ibrahim Sultan dalam berperanan menyatukan ummah disamping mengeratkan hubungan tali silatulrahim , membiasakan pelajar melibatkan diri dalam anggota masyarakat dan tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Ahli Jawatankuasa Masjid ditubuhkan atas inisiatif Encik Faizal, pensyarah dari Jabatan Hospitaliti dan Fesyen. Pada mulanya ,ia adalah terbentuk dari kumpulan usrah pelajar yang dibentuk Encik Faizal. Ahli Jawatankuasa yang dibentuk ini adalah merupakan satu kumpulan pelajar Sesi 1999. Sekarang ,ahli-ahli jawatankuasa Masjid yang dilantik adalah di kalangan staf-staf Politeknik dan penduduk setempat melalui proses pemilihan mesyuarat agong sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Antara program yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa pelajar adalah berdasarkan takwin aktiviti Politeknik Ibrahim Sultan dan Masjid seperti tilawah al-Quran,Ceramah Perdana, Forum Perdana, Qiyamullai, program sambutan perayaan-perayaan Islam dan lain-lain.

Program-program yang dijalankan ini diteruskan dari masa ke semasa.