logo4lmn rasmiiso1

Soalan Lazim HEP

Soalan – Soalan Lazim Bakal Pelajar

Bagaimanakah cara permohonan kemasukan ke Politeknik Ibrahim Sultan?

Bagi permohonan sesi Jun, pemohon boleh melayari laman sesawang http://upu.moe.gov.my manakala permohonan sesi Disember pula boleh dibuat melalui laman sesawang www.politeknik.edu.my

Apakah syarat bagi kemasukan program Diploma di Politeknik Ibrahim Sultan?

Calon boleh melayari laman sesawang www.politeknik.edu.my bagi mendapatkan maklumat berkaitan syarat kemasukan ke program yang ditawarkan di politeknik Malaysia.

Apakah program yang ditawarkan di Politeknik Ibrahim Sultan?

Senarai Program Pengajian yang ditawarkan di Politeknik Ibrahim Sultan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Diploma Kejuruteran Mekanikal (Bahan)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual

Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian

Diploma Rekabentuk Fesyen & Pakaian

Diploma Rekabentuk Grafik

Diploma Rekabentuk Industri

Diploma Teknologi Kreatif Digital

Sijil Kemahiran Rekaan Fesyen dan Pakaian

Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti

Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti

Diploma Pengurusan Hotel

Diploma Pengurusan Pelancongan

Diploma Pengurusan Acara

Sijil Kemahiran Hotel dan Katering

Berapa lamakah tempoh pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan?

  • Sijil Kemahiran Khas – 4 semester
  • Diploma - 6 semester
  • Ijazah – 6 semester

Berapa kali pengambilan dalam setahun?

2 kali bagi program Diploma iaitu pada sesi Jun dan sesi Disember manakala hanya sekali pengambilan bagi program Ijazah iaitu pada sesi September.

Berapakah yuran sepanjang mengikuti pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan?

  • Yuran Pengajian (Setiap Semester) = RM200
  • Yuran Asrama (Setiap Semester) = RM60 – RM630
  • Yuran Pendaftaran (Semester Satu) = RM600
  • Yuran Pelbagai (Semester 2 dan ke atas) = RM150

Adakah Politeknik Ibrahim Sultan ada menyediakan pembiayaan sepanjang saya mengikuti pengajian?

Pihak politeknik tidak menyediakan bantuan kewangan/pembiayaan sepanjang pengajian di Politeknik. Walau bagaimanapun, PTPTN menawarkan pinjaman peringkat Diploma. Di samping itu, pihak penaja seperti JPA, Yayasan Negeri dan lain-lain badan korporat sedia menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Politeknik yang berkelayakan. Pihak politeknik membantu dalam menguruskan permohonan pinjaman dan sebagainya.

Bolehkan rawatan kesihatan (medical check up) dibuat di hospital atau klinik swasta?

Boleh, tiada masalah.

Adakah asrama diberikan sepanjang tempoh pengajian di politeknik?

Disebabkan kapasiti asrama yang terhad, hanya pelajar semester satu sahaja yang diberi kemudahan menduduki asrama. Bagi pelajar semester kedua dan ke atas, kelulusan menduduki asrama adalah bergantung kepada factor-faktor berikut:

  • -          Bergiat aktif di dalam persatuan dan sukan
  • -          Pelajar yang kurang berkemampuan
  • -          Bersih dari masalah disiplin