jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan

Fungsi Perkhidmatan

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Sukan,Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

Secara amnya, JSKK bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Di samping itu, JSKK juga berfungsi untuk:

  • Pengurusan bakat pelajar yang baru dan memantau dan menambahbaik bakat yang sedia ada.
  • Mentadbir urus perolehan serta penambahbaikan kemudahan peralatan sukan dan kokurikulum.
  • Menyediakan pasukan yang mewakili PIS dalam sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
  • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokorikulum(MPU).
  • Melatih dan melahirkan pelajar yang berupaya memimpin dan mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, berdisiplin, berdedikasi disamping mempunyai sikap toleransi dan kerjasama.