logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Tatacara Permohonan Transkrip Lama

(Lulusan dari tahun 2000 hingga 2007)

1.    Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
       1.1    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan transkrip. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
                a.    Nama penuh
                b.    Nombor kad pengenalan
                c.    Nombor Pendaftaran Pelajar.
                d.    Nama Program Pengajian di Politeknik.
                e.    Nama Syarikat dan alamat tempat latihan industri
                 f.    Nombor telefon yang boleh dihubungi.

       1.2    Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
       1.3    Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)

2.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel  berikut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3.    Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
4.    Permohonan transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
5.    Cara pengeluaran transkrip oleh Unit Peperiksaan PIS:
       I.    Ambil sendiri di Unit Peperiksaan PIS.
      II.    Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)
6.    Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.