jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

SEMAKAN KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN AKHIR SESI II : 2021/2022 (DIPLOMA & SIJIL KEMAHIRAN)

Makluman kepada semua pelajar,

Tarikh KEPUTUSAN RASMI SESI II : 2021/2022 (DIPLOMA & SIJIL KEMAHIRAN) adalah pada 12 OGOS 2022 (JUMAAT).
• Pelajar boleh menyemak keputusan melalui menu Keputusan Peperiksaan di modul i-exam SPMP PIS (spmp.pis.edu.my) pelajar bermula jam 9.00 pagi.
• Mohon pelajar untuk membuat cetakan SLIP KEPUTUSAN bagi simpanan rekod pelajar.

Permohonan RAYUAN MENYAMBUNG SEMULA PENGAJIAN bagi pelajar yang mendapat keputusan GAGAL DAN DIBERHENTIKAN (GB) akan dibuka bermula 14 OGOS 2022 (AHAD) hingga 25 OGOS 2022 (KHAMIS). Pelajar perlu menghubungi Unit Peperiksaan PIS di talian 07-2611051 atau menghantar e-mail di alamat e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut.

Manakala pelajar yang AKAN menjalani Latihan Industri (LI) pada sesi pengajian I : 2022/2023 yang berstatus MP (Mengulang Penilaian), anda dikehendaki melaporkan diri untuk sesi Penilaian Khas Sesi II : 2021/2022 di Unit Peperiksaan PIS pada 12 SEPTEMBER 2022 (ISNIN) pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Bagi pelajar yang menjalani Latihan Industri Sesi II : 2021/2022 (Fasa 2) serta pelajar program Diploma Pengurusan Hotel (DHM) semester 6 (DHM6A) yang menjalani Work-Based Learning (WBL), Keputusan Rasmi akan diumumkan pada 14 Oktober 2022.

Harap Maklum.

Sekian, terima kasih.