logo4lmn rasmiiso1

Info Alumni

Pertubuhan Alumni Politeknik Ibrahim Sultan atau dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan Alumni Politeknik Johor Bahru telah ditubuhkan dengan rasminya dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 16 Julai 2008. Pertubuhan ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Haji Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 12 September 2008 bertempat di Politeknik Johor Bahru yang telah dihadiri oleh hampir 100 orang ahli alumni. Tujuan utama pertubuhan adalah untuk menghimpunkan semula semua bekas pelajar PIS/PJB selepas majlis graduasi mereka. Dan secara tidak langsung, pertubuhan ini boleh menjadi platform jalinan perpaduan yang baik di samping mereka boleh bertukar pendapat dan pandangan.


MISI

Menjadi organisasi yang mampu mewujudkan hubungan yang berterusan demi kemajuan dan perkembangan alumni


VISI

Menjalinkan hubungan erat alumni dalam menyumbangkan idea dan tenaga bagi membangunkan alumni PIS


MATLAMAT

  • Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Alumni dengan Politeknik Ibrahim Sultan
  • Sebagai platform menghimpunkan graduan Politeknik Ibrahim Sultan bagi membincangkan pengalaman-pengalaman berharga mereka yang telah membantu dalam kerjaya masing-masing
  • Mewujukan perhubungan dan komunikasi dua hala yang berterusan dan akrab dengan ahli-ahli alumni melalui sistem elektronik dan pengkomputeran efisien setiap masa
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan ahli seperti perkhemahan, jamuan, perjumpaan dan aktiviti lain yang dirasakan boleh mendatangkan faedah kepada ahli pertubuhan.
  • Memantapkan kerjasama erat dengan Pertubuhan Alumni dan organisasi luar dengan mengadakan kolaborasi bersepadu dan strategic untuk membantu pelajar dan graduan dalam perihal latihan industri / praktikal, internship dan kerjaya setiap tahun.

SYARAT KEAHLIAN

Keahlian Pertubuhan ini adalah terbuka kepada semua graduan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor, warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan keatas dengan tidak mengira jantina, bangsa atau agama. Yuran keahlian yang perlu dijelaskan sebanyak RM50.00 sekali seumur hidup.