Page 40 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 40

34
                                                                                                             34



             KETERANGAN REKABENTUK FESYEN
             KETERANGAN REKABENTUK FESYEN
             'FASHION DESIGN BRIEF'
             'FASHION DESIGN BRIEF'



            Perkara utama yang perlu diambil kira untuk melaksanakan projek fesyen adalah
            'Fashion  Design  Brief'.  Proses  merekabentuk  koleksi  fesyen  atau  menyiapkan

            tugasan  fesyen  melibatkan  kreativiti  dan  pemikiran  visual,  juga  mempunyai
            semua  ciri-ciri  yang  diperlukan  dalam  proses  menghasilkan  projek  fesyen.  Ini

            semua  memerlukan  perancangan,  penyelarasan  dan  pengurusan  untuk
            memastikan semua objektif tercapai.



            Merancang  dan  merangka  'Fashion  Design  Brief'  bagi  membantu  permulaan
            proses rekabentuk fesyen. Ia untuk mengenal pasti skop projek dan digunakan

            bagi  membimbing  pereka  bentuk  dan  pasukan  rekabentuk  melalui  keseluruhan
            projek. Pereka perlu mengenalpasti poin utama 'Fashion Design Brief';



            - Matlamat dan objektif atau masalah klien yang perlu diselesaikan.

            - Tarikh akhir projek- tarikh penting (tarikh mula dan tamat)
            - Kekangan/permasalahan (rekabentuk, belanjawan, dll.)
            - Tugas, keperluan dan hasil tertentu.



            Jenis-jenis 'Design Brief'



            Terdapat  beberapa  jenis  'Design  Brief'  yang  mungkin  bersesuaian  mengikut
            keperluan  seperti;  'Design  Brief'  untuk  kegunaan  akademik,  'Design  Brief'  untuk

            kegunaan pertandingan dan 'Design Brief' untuk kegunaan syarikat/klien. Rujuk
            penerangan dibawah.



            'Design Brief' untuk kegunaan akademik



            Sebagai pelajar fesyen, anda akan dikehendaki bekerja melalui banyak arahan

            dalam bentuk 'Design Brief' akademik, sebahagian daripadanya mungkin ditaja
            oleh syarikat luar. Rekabentuk ringkas membentangkan projek atau tugasan. Ia
            membentuk bahagian penting dalam pembelajaran akademik, membantu anda

            memperoleh  kemahiran  tertentu  dalam  proses  rekabentuk  (pembangunan  reka
            bentuk, pembuatan pola, penghasilan koleksi pakaian dll). Projek rekabentuk di

            tanda mengikut kriteria yang bersesuaian dalam 'Design Brief''.
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45