Page 31 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 31

25
                                                                                                           25





             ELEMEN REKABENTUK FESYEN
             ELEMEN REKABENTUK FESYEN


             GARISAN

             Garisan  pada  rekaan  pakaian  berkaitan  dengan  garisan  potongan  dan  gaya,
             pembinaannya.  Garisan  ini  memecahkan  ruang  dalam  garis  besar  pakaian  dan
             mencipta  bentuk  (garis  jahitan,  lisu,  kedutan,  lipatan,  tucks)  dan  butiran  (poket,
             cuff, butang, zip, tali pinggang). Garis boleh menjadi keras atau lembut; ia boleh

             menekankan ciri dan membuat perbezaan yang besar kepada penampilan badan,
             senarai ini mungkin dapat membantu pertimbangkan rekaan anda;
                 Garisan menegak cenderung memanjangkan badan dan menjadikannya lebih
                 langsing.

                 Garisan  mendatar  cenderung  untuk  melebarkan  badan  atau  menjadikannya
                 kelihatan lebih pendek.
                 Garisan jahitan potongan melengkung atau berat sebelah memberi bentuk dan
                 rupa melengkung feminin.

                 Garisan lurus memberikan rasa yang lebih maskulin.


















































                Pelbagai jenis garisan yang boleh memberi kesan menarik kepada rekaan
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36