Page 29 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 29
23
23
ELEMEN REKABENTUK FESYEN
ELEMEN REKABENTUK FESYEN
WARNA
Warna mencipta impak yang paling visual apabila dilihat dari jauh (di atas
pentas peragaan), dan ia akan memberi tindak balas pelanggan ketika melihat
rekaan yang dipamerkan di kedai. Warna boleh memberikan mood dan emosi
yang sangat berbeza.
Warna dan fabrik yang pereka pilih untuk rekabentuk adalah bahan penting
yang perlu bekerjasama untuk menghasilkan produk fesyen yang berjaya. Ia
membantu mewujudkan suasana yang sesuai bagi sesuatu koleksi dan juga
untuk musim tertentu. Bagi kebanyakan pereka, warna dan fabrik memberi
inspirasi kepada konsep rekabentuk awal mereka dan sekaligus membantu
untuk pilihan sebagai tema koleksi musim baharu.
Warna dan teori, perenggan ini menerangkan asas teori warna dan rekabentuk.
Ia akan membantu anda memahami 'bahasa' warna dan membantu membuat
keputusan pemilihan mood warna melalui palet warna untuk reka bentuk dan
koleksi anda.
Sebagai pereka, anda akan bekerja secara konsisten dengan warna apabila:
Memilih palet warna untuk tekstil, koleksi fesyen dan produk.
Mencampurkan warna untuk mencipta karya seni dan persembahan fesyen
dan tekstil anda.
Bekerja dan berkomunikasi dengan mereka dalam industri fesyen dan
tekstil.
Palet warna