Page 11 - PENGENALAN REKABENTUK BATIK
P. 11
Batik adalah merupakan salah satu bidang
kraftangan tradisional yang unik dan
terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui
proses penerapan lilin dan pencelupan
warna. Sejarah perkembangan batik di
Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15
Masehi. Perkembangan awal
memperlihatkan kesan dan pengaruh batik
daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga
selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan
batik di Malaysia telah berkembang dengan
pesat.
Para pengusaha batik di negeri-negeri
Kelantan dan Terengganu merupakan
perintis kepada perkembangan batik di
negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi
mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini
melambangkan satu kemahiran kerjatangan
yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat
batik tanah air. Daya tarikan batik bukan
sahaja terkenal di kalangan penduduk
tempatan malah ia turut mendapat
sambutan dari pelancong-pelancong asing
yang datang dari luar negeri.
3