Page 10 - PENGENALAN REKABENTUK BATIK
P. 10
Menutup dan menghiasi tubuh manusia
adalah merupakan satu gabungan teknik dan
seni yang mendorong manusia menceburi diri
dalam pelbagai usaha kreatif agar sentiasa
menarik, bergaya, selesa dan sesuai dengan
cita rasa budaya dan bangsa. Oleh itu,
pengolahan tekstil baik dari segi teknik
mahupun seni rekanya merupakan satu
bidang usaha yang amat bermakna dalam
sejarah kehidupan manusia.
Tekstil Melayu Tradisional merupakan
lambang warisan kebangsaan yang wujud
sejak zaman berzaman. Masyarakat Melayu di
rantau ini sudah lama mengetahui akan nilai
tekstil. Pantai Timur Semenanjung Malaysia
sudah terkenal sebagai kawasan penting
dalam penghasilan Tekstil Melayu,
terutamanya batik.
2