Page 47 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 47
41 41
PROSES PENGEMBANGAN IDEA
PROSES PENGEMBANGAN IDEA
REKABENTUK FESYEN
REKABENTUK FESYEN
Proses pengembangan idea rekabentuk boleh ditakrifkan sebagai
membayangkan idea untuk menyatakan idea secara rupa bentuk dengan
penerapan nilai-nilai estetika. Objektif rekabentuk di sini adalah tujuan seperti
rekabentuk untuk siapa? apakah kegunaan rekabentuk dan lain-lain (tujuan ini
perlu ditekankan untuk hasil rekaan yang memuaskan). Proses pengembangan
idea rekabentuk secara keseluruhannya adalah satu kerja yang sangat
mencabar untuk mencipta rekabentuk yang estetika, kreatif dan inovatif pada
masa yang sama.
Jika pereka dianugerahkan bakat seni dan kreativiti maka hasilnya lebih
memberangsangkan. Setiap individu mempunyai metodologi sendiri untuk
mendekati masalah tetapi walaupunbagaimanapun pereka atau sekumpulan
pereka perlu membangunkan formula atau perancangan tertentu yang
membantu mereka dalam menjadikan tugas mereka lebih mudah. Kaedah ini
kemudiannya boleh diusahakan untuk membangunkan dan memperbaikinya
untuk tujuan yang terbaik. Tidak kira peringkat dalam proses rekabentuk,
terdapat faktor-faktor tertentu yang perlu ditangani sebelum memulakan kerja.
Sebahagian daripada ini mungkin dapat membantu dalam proses
merekacipta:
Kenal pasti pasaran sasaran - Pasaran yang diusahakan oleh firma
dikategorikan berdasarkan jantina, umur, segmen sosial dan ekonomi. Di
sini pasaran adalah sekumpulan orang atau pengguna. Setiap segmen
pasaran akan mempunyai keperluan dan jangkaan yang berbeza daripada
rekabentuk dan semua ini perlu dipenuhi oleh pereka bentuk, untuk
menjayakannya.
Mengekalkan Identiti untuk jenama - Setiap syarikat mempunyai rupa
khusus dan memenuhi keperluan pelanggan tertentu. Julat harga juga
ditetapkan kerana secara amnya ia memenuhi sasaran pasaran tertentu.
Semua ini perlu kekal lebih kurang berterusan supaya syarikat mempunyai
identiti jenama yang betul.