Page 15 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 15

09
                                                                                                            09









               PORTFOLIO
               PORTFOLIO




               Portfolio fesyen ialah merupakan portfolio rekabentuk. Portfolio rekabentuk

               fesyen  mengandungi  item-item  seperti;  koleksi  sampel,  ilustrasi,  sample
               fabrik  dan  lain-lain  yang  berkaitan  dengan  kajian  rekaan,  digabungkan

               oleh  pereka  fesyen  untuk  mempamerkan  kemahirannya  atau  hasil  kerja
               seninya kepada pensyarah atau bakal majikan. Ia juga digunakan apabila

               memohon peluang pekerjaan industri pakaian. Portfolio adalah sebahagian
               daripada resume pereka fesyen.



               Untuk  pelajar  tahun  akhir  projek  fesyen,  portfolio  fesyen  sangat  penting.
               Portfolio  perlu  dihasilkan  secara  berperingkat,  isi  kandungan  portfolio

               seharusnya  berkaitan,  bermula  dengan  kajian  akademik  kemudian
               diteruskan dengan isi kandungan portfolio, setelah disemak oleh pensyarah,

               pelajar boleh meneruskan tugasan amali pula.



               Diantara kandungan portfolio fesyen yang perlu ada mengikut kertas kajian
               akademik;



               PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN REKA BENTUK:



               1. Ramalan /Pemetaan/Ringkasan/Pasaran
               2. Bahan kajian / Inspirasi / Lukisan Analitik
               3. Koleksi visual dari penyelidikan
               4. Profil Syarikat
               5. Pembangunan/pengembangan Reka Bentuk
               6. 20 Koleksi daripada pengembangan Rekabentuk fesyen yang
                   terbaik (disemak dan disahkan oleh pensyarah)
               7. 3 atau 4 koleksi Final yang terbaik daripada 20 koleksi diatas
               8. Fashion Boards; Story Board(inspiration, mood board, trend
                  board), Technical Drawing, Fashion Illustration.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20